|
SICT : PELAKSANAAN PROJEK 1BESTARINET : KEBENARAN MEMASUKI PREMIS SEKOLAH
|
| Posted by yusnizam on 03/02/2012 12:21:22 pm (279 reads) |
|
PELAKSANAAN PROJEK 1BESTARINET : KEBENARAN MEMASUKI PREMIS SEKOLAH Kepada Semua Pegawai Pelajaran Daerah, Pejabat Pelajaran Daerah Negeri Perak Semua Pengetua/Guru Besar Sekolah Negeri Perak Sukacita dimaklumkan bahawa Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) telah melaksanakan Projek Perkhidmatan 1BestariNet mulai Januari 2012 di semua sekolah seluruh negara secara berperingkat. Syarikat yang dilantik bagi melaksanakan projek tersebut ialah : YTL Communication Sdn. Bhd. 8th Floor, One Oriental Place No.1, Jalan Hang Lekiu, 50100 Kuala Lumpur Telefon : 03-2027 8888 Faks : 03-2027 8828 Pegawai bertanggungjawab : Shahirul Amran (019-575 7711) Darrin Todd (012-381 2745) Pihak syarikat akan melakukan lawatan tapak dan kerja-kerja pemasangan di dalam kawasan sekolah di lokasi dikenalpasti dengan melibatkan jentera berat. Sehubungan itu, semua sekolah diminta memberi kerjasama supaya pelaksanaan 1BestariNet dapat dilaksanakan dengan jayanya. Berikut adalah Surat Hebahan dari Bahagian Pengurusan Sekolah Harian dan Garis Panduan Pelaksanaan Projek 1BestariNet . 1) Surat Hebahan dari Bahagian Pengurusan Sekolah Harian 2) Garis Panduan Pelaksanaan Projek 1BestariNet . Sekian, Terima kasih, Unit Khidmat dan Rundingcara, Sektor Pengurusan Maklumat (ICT)
|
|
|
SK2P : Rekod Surat Kelulusan Perisytiharan (Lampiran E) Bagi SK, SJK(T), SJK(C) dan PTJ
|
| Posted by shahril on 02/02/2012 12:00:52 pm (440 reads) |
|
Sukacita merujuk kepada perkara diatas. Dimaklumkan bahawa surat Kelulusan perisytiharan harta ( Lampiran E ) bagi SK, SJK(T) dan SJK(C) hendaklah dihantar ke PPD masing-masing bagi tujuan rekod ke dalam BRP manakala SM (PTJ) di rekod di peringkat sekolah. Sehubungan dengan itu, surat kelulusan ( Lampiran E ) tidak perlu lagi disalinkan kepada pihak Jabatan Pelajaran Perak seperti surat No. Ruj: J.PEL.PK.SULIT 4766/5 JLD.17/(92) bertarikh 31 Januari2012. Sekian, terima kasih.
|
|
|
SICT : Data Guru Interim Dalam EMIS Online
|
| Posted by rashid on 01/02/2012 11:00:00 am (548 reads) |
|
Semua Pengetua/Guru Besar dan Guru Data, Kerjasama dimohon agar dapat mendaftarkan maklumat Guru Interim dalam EMIS Online yang telah melaporkan diri berdasarkan surat Lantikan Rasmi JPN. Kepada Guru Data sila lengkapkan maklumat Guru Interim berdasarkan kritiria berikut: 1. Maklumat Peribadi: Lengkap seperti Guru lain. 2. Maklumat Perkhidmatan : Sistem Khidmat: Siswazah Gred dan Tangga Gaji : Rujuk Surat Tawaran (Contoh: DC41 P1T5 RM1901.80) Elaun: Rujuk Jenis Elaun Jika Layak Taraf Jawatan : SMB - SAMBILAN/GANTI/INTERIM Jenis Lantikan : JPN Tarikh Khidmat Sekolah Semasa: Tarikh Hari Pertama Melapor Diri Tarikh Mula Kontrak : Rujuk Surat atau Hari Pertama Lapor Diri Tarikh Tamat Kontrak : Rujuk Surat 3. Kelulusan Akademik : Rujuk ijazah yang dimiliki (mesti diisi) 4. Kelulusan Ikhtisas : Rujuk ijazah/Diploma Pendidikan yang dimiliki (mesti diisi) 5. Mata Pelajaran Ajar : Rujuk Jadual Peribadi 6. Kokurikulum : Rujuk tanggungjawab diberi sekiranya ada. Catatan : Seseorang Guru Interim lazimnya mempunyai Opsyen yang sama untuk Kelulusan Akademik dan Kelulusan Ikhtisas. Sekian, terima kasih. Unit Pengurusan Maklumat, Sektor Pengurusan Maklumat (ICT)
|
|
|
SICT : RALAT DATA EMIS: Emel Berteguran Daripada BPPDP, KPM
|
| Posted by rashid on 30/01/2012 2:10:00 pm (1075 reads) |
|
SEGERA: Semua Penolong PPD/Penyelia ICT dan Guru Data Sektor Pengurusan Maklumat (ICT) telah menerima emel berteguran berkaitan RALAT DATA EMIS yang LAMA TIDAK dikemaskini. Antara ralat yang sepatutnya disemak dan dikemaskini ialah seperti di maksudkan oleh KPM. Semua PPD dan Sekolah negeri Perak sila muat turun dan baca Fail BERTEGURAN BPPDP, KPM (yang ORIGINAL/ASAL/ASLI) Di Sini Semua Pen PPD/Penyelia ICT dimohon PANTAU masalah yang disertakan ini. Sehubungan itu, semua pihak dimohon ambil tindakan kemaskini SEGERA sebelum 1 Februari 2012. Sekian, terima kasih. Unit Pengurusan Maklumat, Sektor Pengurusan MAklumat (ICT)
|
|
|
SPK : Perhimpunan Bulanan
|
| Posted by yongzu on 28/01/2012 10:56:40 pm (315 reads) |
|
Tahniah kepada semua warga kerja Sektor Pembangunan Kemanusiaan yang telah menjayakan Perhimpunan Bulanan pada 26 Januari yang lalu. 

|
|
|
SPK : Borang Pelupusan Buku Teks KEW.PA-17
|
| Posted by yongzu on 27/01/2012 11:06:26 am (636 reads) |
|
Semua Pengetua dan Guru Besar, Sekolah Menengah dan Rendah Negeri Perak. Sila klik DI SINI bagi mendapatkan surat berkaitan. Disertakan Borang KEW.PA-17 yang boleh dimuat turun untuk digunakan sewaktu pelupusan buku teks. Andainya terdapat sebarang pertanyaan sila hubungi Cik Ruziah bt. Ab. Majid (Penyelia SPBT) di talian 05-5015141. Terima kasih.
|
|
|
SPK : Senarai Aktiviti Pendidikan Luar Pusat Kokurikulum Negeri.
|
| Posted by yongzu on 22/01/2012 9:58:46 pm (345 reads) |
|
Sila klik DI SINI untuk melihat senarai aktiviti Pendidikan Luar di Pusat Kokurikulum Negeri, Jabatan Pelajaran Perak bagi bulan Februari 2012. Pihak sekolah seharusnya telah menerima makluman mengenai tarikh aktiviti yang akan dijalankan. Sekiranya terdapat perubahan terkini, sila hubungi En. Badrul Hisham bin Abdul Aziz, P.Pengarah (Program dan Aktiviti) di talian 05-6859100. Segala program yang telah diatur walau bagaimanapun tertakluk kepada perubahan.
|
|
|
SPK : Hari Penyemakan Buku Perkhidmatan Kerajaan
|
| Posted by yongzu on 19/01/2012 11:53:56 pm (402 reads) |
|

Tarikh : 19 Januari 2012 Masa : 8.30 pagi hingga 12.30 tengah hari Tempat : Jejantas Unit Perkhidmatan, Jabatan Pelajaran Perak. Sektor : Sektor Pembangunan Kemanusiaan Terima kasih atas bantuan yang telah diberikan.
|
|
|
|
SPK : MAKLUMAN TAWARAN BIASISWA KECIL YAYASAN TELEKOM MALAYSIA 2012
|
| Posted by yusnizam on 03/02/2012 9:40:11 am (288 reads) |
|
Ruj Kami : J.Pel.Pk.(HEM) 5128/6/1 (31) Jld.3 Ruj Telekom : (1) YTM 1639 PBK 2012 Tarikh : 2 Februari 2012 Semua Pengetua Sekolah-Sekolah Negeri Perak Tuan, MAKLUMAN TAWARAN BIASISWA KECIL YAYASAN TELEKOM MALAYSIA 2012 Sukacita dimaklumkan bahawa Unit Hal Ehwal Murid memanjangkan makluman Tawaran Biasiswa Kecil Yayasan Telekom Malaysia 2012 untuk tindakan tuan. Pihak tuan boleh membuat permohonan biasiswa tersebut dengan melayari laman sesawang http/:ytm.tm.com.my mulai 18 Januari hingga 17 Februari 2012.Bagi mendapatkan keterangan lanjut, sila klik di sini untuk mendapatkan surat iringan daripada Telekom Malaysia. Sekian, terima kasih Unit Hal Ehwal Murid, Sektor Pembangunan Kemanusiaan
|
|
|
SK2P : TAWARAN KURSUS BAHASA ANJURAN INSTITUT DIPLOMASI DAN HUBUNGAN LUAR NEGERI (IDFR) TAHUN 2012
|
| Posted by balkis on 02/02/2012 9:10:00 am (355 reads) |
|
TAWARAN KURSUS BAHASA ANJURAN INSTITUT DIPLOMASI DAN HUBUNGAN LUAR NEGERI (IDFR) TAHUN 2012 Dimaklumkan bahawa pihak IDFR telah menawarkan Kursus Bahasa bagi tahun 2012 untuk pegawai dan kakitangan KPM. Kursus ini akan dianjurkan oleh institut berkenaan secara percuma. Maklumat ringkas mengenai kursus adalah seperti di Lampiran A. Untuk maklumat kursus, Y.Bhg. Datuk/ Dato’/ Datin/ tuan/ puan boleh merujuk kepada laman web www.idfr.gov.my. Pegawai dan kakitangan yang berminat, dipohon untuk mengisi borang permohonan kursus (IDFR1/97) dan mengembalikannya semula kepada Bahagian Pengurusan Sumber Manusia, KPM mengikut tarikh tutup yang telah ditetapkan seperti di lampiran bagi tujuan penyelarasan. Untuk makluman, kos tambang pergi dan balik serta lain-lain perbelanjaan tambahan adalah di bawah tanggungan Jabatan/Bahagian masing-masing. Sekiranya terdapat sebarang pertanyaan, sila hubungi Cik Roshakina binti Mat Zuki di talian 03-8884 7952. Sekian, terima kasih. Unit Latihan Sektor Khidmat Pengurusan dan Pembangunan
|
|
|
SICT : Pengesahan Sekolah Tiada Murid Ambil Matapelajaran Elektif
|
| Posted by rashid on 31/01/2012 2:20:00 pm (250 reads) |
|
Semua Penolong PPD/Penyelia ICT Daerah dan Guru Data Berdasarkan data EMIS Online 31 Januari 2011 jam 2.10 petang, berikut disenaraikan sekolah yang masih menunjukkan TIADA SEORANG MURID mengambil mata pelajaran elektif (Murid Kelas Elektif). Sekiranya data yang dipaparkan betul, mohon semua Penolong PPD/ Penyelia ICT sahkan dengan pihak sekolah. Hari ini merupakan hari terakhir pengisian dan kemaskini data EMIS Online Januari 2012. Sekiranya hal ini berlaku akibat kecuaian, sila kemaskini pada kadar segera. Sekian, terima kasih. Unit Pengurusan Maklumat, Sektor Pengurusan Maklumat (ICT) Senarai Sekolah Tiada Murid Ambil Matapelajaran Elektif Sumber : EMIS Online 31 Januari 2012 (jam 2.10 petang) | Bil | KodPPD | KodSekolah | NamaSekolah | | 1 | A010 | AEB0043 | SMK KATHOLIK | | 2 | A020 | AEA1111 | SMK PANGKALAN TLDM | | 3 | A020 | AEA1114 | SMK SERI SAMUDERA | | 4 | A020 | AEA1116 | SMK KG. DATO' SERI KAMARUDDIN | | 5 | A020 | AEB1033 | SMK DINDINGS | | 6 | A020 | AEE1026 | SMK METHODIST (ACS) | | 7 | A020 | AEE1037 | SMK PANGKOR | | 8 | A020 | AEE1038 | SMK DATO' IDRIS | | 9 | A040 | AEA3038 | SMK PANGLIMA BUKIT GANTANG | | 10 | A040 | AEA3041 | SMK ALOR PONGSU | | 11 | A040 | AEA3088 | SMK ABU BAKAR AL-BAQIR | | 12 | A040 | AEA3090 | SMK PEKAN BARU | | 13 | A040 | AEB3043 | SMK SRI KURAU | | 14 | A040 | AEB3044 | SMK BAGAN SERAI | | 15 | A060 | AEA5077 | SM (SAINS) TELOK INTAN | | 16 | A060 | AEA5078 | SMK ABDUL RAHMAN TALIB | | 17 | A060 | AEE5175 | SMK SERI MUARA | | 18 | A060 | AKA5171 | SM TEKNIK TELUK INTAN | | 19 | A070 | AEA6051 | SMK SIMPANG | | 20 | A070 | AEA6056 | SMK BUKIT JANA | | 21 | A070 | AEA6158 | SMK REDANG PANJANG | | 22 | A080 | AEE7033 | SMK TUN SABAN | | 23 | A100 | AEA2041 | SMK RAJA CHULAN | | 24 | A100 | AEA2046 | SMK DATO' HJ. MOHD TAIB | | 25 | A100 | AEA2051 | SMK JALAN TASEK | | 26 | A100 | AEA2062 | SMK JATI | | 27 | A100 | AEA2302 | SMK ULU KINTA | | 28 | A100 | AEB2051 | SMK PEREMPUAN PERAK |
|
|
|
SK2P : Permohonan Mengambil Bahagian Dalam Aktiviti Politik
|
| Posted by shahril on 30/01/2012 11:23:26 am (357 reads) |
|
Mengikut subperaturan 21(2), Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993, seseorang pegawai dalam Kumpulan Sokongan boleh bertanding atau memegang jawatan atau dilantik ke dalam apa-apa jawatan dalam mana-mana parti politik setelah terlebih dahulu mendapat kebenaran bertulis daripada Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam atau Ketua Setiausaha Kementerian berkenaan, mengikut mana-mana yang berkenaan ( Rujuk Pekeliling Perkhidmatan Bil.5 Tahun 1996 ) Pegawai-pegawai yang bercadang untuk bertanding atau memegang jawatan atau dilantik ke dalam apa-apa jawatan dalam parti politik hendaklah membuat permohonan dengan mengemukakan dua (2) salinan borang Lampiran ‘A’ - JPA(T) 1/96 kepada Pihak Berkuasa yang meluluskan melalui Ketua Jabatan masing-masing. Kerajaan telah bersetuju supaya kebenaran untuk mengambil bahagian secara aktif dalam suatu parti politik yang telah diberi kepada pegawai Kumpulan Sokongan dipanjangkan kepada Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Siswazah (PPPS) Gred DG41 hingga DG48 yang bertugas di Institusi Pendidikan, Kementerian Pelajaran Malaysia. Walau bagaimanapun, bagi yang memegang jawatan Pengetua atau Guru Besar atau yang memegang apa-apa jawatan pentadbiran di mana-mana institusi pendidikan dan agensi kerajaan tidak boleh melibatkan diri dalam aktiviti politik. Kebenaran tersebut adalah tertakluk kepada kelulusan Ketua Setiausaha Kementerian Pelajaran Malaysia. ( Rujuk Pekeliling Perkhidmatan Bil.9 Tahun 2010 ) Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Siswazah Gred DG41 hingga DG48 yang dibenarkan melalui Peraturan tersebut yang bercadang untuk bertanding atau memegang jawatan atau dilantik ke dalam apa-apa jawatan dalam parti politik hendaklah membuat permohonan dengan mengemukakan tiga (3) salinan borang Lampiran ‘A’ - JPA(T) 1/10 kepada Ketua Setiausaha Kementerian Pelajaran Malaysia melalui Ketua Jabatan masing-masing. Pegawai yang menjadi ahli biasa mana-mana parti politik hendaklah memaklumkan kepada Ketua Jabatan masing-masing dengan mengisi borang Lampiran ‘ E’ – JPA(T) 2/96. Permohonan yang telah diperakui oleh Ketua Jabatan hendaklah di hantar ke Unit Tatatertib dan Keutuhan, Sektor Khidmat Pengurusan dan Pembangunan untuk tindakan selanjutnya.
|
|
|
SPA : UJI RINTIS KSSR TAHUN 4 NEGERI PERAK 2012
|
| Posted by yusman on 27/01/2012 4:15:07 pm (498 reads) |
|
Sektor Pengurusan Akademik UJI RINTIS KSSR TAHUN 4 NEGERI PERAK 2012 Perubahan Tarikh Uji Rintis KSSR Tahun 4 Negeri Perak 2012 Untuk maklumat lanjut sila Klik Di Sini... Sekian, dimaklumkan. Terima kasih b.p. Ketua Sektor Pengurusan Akademik
|
|
|
SPA : PERTANDINGAN ANUGERAH GURU INOVATIF SEMPENA PERAYAAN HARI GURU PERINGKAT KEBANGSAAN 2012
|
| Posted by syuhaida on 25/01/2012 8:40:00 am (488 reads) |
|
Semua Guru Sekolah Menengah dan Sekolah Rendah Negeri Perak. Tuan, Pertandingan Anugerah Inovatif Sempena Sambutan Perayaan Hari Guru 2012 Guru-guru sekolah kerajaan dan sekolah bantuan kerajaan di negeri Perak dijemput untuk menyertai Pertandingan Anugerah Guru Inovatif Sempena Sambutan Perayaan Hari Guru Peringkat Kebangsaan 2012 Kementerian Pelajaran Malaysia. Penyertaan terbuka bagi kategori yang berikut; (i) Individu Prasekolah; (ii) Individu Sekolah Rendah; (iii) Individu Sekolah Menengah; dan (iv) Kumpulan. Sila klik di sini muat turun maklumat pertandingan serta borang-borang penyertaan. Sekian, terima kasih. b.p. Ketua Sektor Pengurusan Akademik Jabatan Pelajaran Perak.
|
|
|
SPK : PENGURUSAN BIASISWA BKP DAN BKPU TAHUN 2012
|
| Posted by yusnizam on 20/01/2012 4:43:11 pm (572 reads) |
|
Ruj Kami : J.Pel.Pk.(HEM) 5128/6/1 (30) Jld.3 Tarikh : 20 Januari 2012 Semua Pengetua Sekolah Menengah Kebangsaan Sekolah Menengah Teknik Sekolah Agama Bantuan Kerajaan Negeri Perak Tuan, PENGURUSAN BIASISWA BKP DAN BKPU TAHUN 2012 Sukacita dimaklumkan bahawa Unit Hal Ehwal Murid memohon kerjasama pihak tuan agar dapat mengemukakan data mengenai pengurusan biasiswa BKP dan BKPU tahun 2012 seperti dalam borang-borang yang dikepilkan pada atau sebelum 17/2/2012 ke alamat emel aladdin.yaacob@moe.gov.my . Untuk keterangan lanjut, sila klik di sini untuk mendapatkan surat iringan dan borang-borang yang berkenaan. Sekian, terima kasih Unit HEM , Sektor Pembangunan Kemanusiaan, Jabatan Pelajaran Perak
|
|
|
SICT : Perhatian Guru Data Negeri Perak
|
| Posted by rashid on 19/01/2012 11:40:00 am (1620 reads) |
|
Semua Guru Data, sila ambil tindakan berikut. 1. Mohon kemaskini opsyen umur bersara semua Guru/Staf mengikut SBPA (maksima 60 tahun) sebelum 20 Januari 2012 iaitu sebelum cuti perayaan Tahun Baru Cina. Arahan ini telah dipaparkan di portal EMIS Online sejak 9 Januari 2012 lagi. Walaupun pelaksanaan SBPA ditangguhkan, namun opsyen umur bersara 60 tahun telah ditetapkan berkuatkuasa 1 Januari 2012. 2. Kunci masuk (key-in) maklumat Enrolmen dan pindah keluar/masuk data Guru/Staf berpindah dalam EMIS Online sebelum 15 Januari 2012. 3. Mengemaskini Maklumat Latihan GDM seperti yang dipaparkan halaman utama di Portal EMIS Online mulai 19 Januari 2012. Sekian, terima kasih. Unit Pengurusan Maklumat, Sektor Pengurusan Maklumat (ICT)
|
|
|